Khamis, 2 Julai 2009

mulakan sem baru dengan senyuman..!!

mulakan sem baru dengan semangat baru dan penuh kesyukuran kepada-Nya...
semoga mendapat lebih keberkatan.....amin...

Type your summary here = Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Selanjutnya...

selamat DatAng mahaSisWa Baru ke DPPYAB..!!

Salam sejahtera kepada semua adik2 junior yang bertuah bermustautin di bumi indah DPPYAB..!!! ceriakan hidup anda dengan senyuman..

tiada rakan untuk berbual dan meluahkan masalah..??
tak tahu camne nk join program..??
rase neves..??
sukar untuk menyesuaikan diri dengan iklim baru(campuslife)..??
anda dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli kelab Fasilitator DPPYAB
..kami sedia membantu
..bermacam-macam aktiviti dijalankan
..pebincangan
..khidmat nasihat & tunjuk ajar
..santapan rohani
dan pelbagai lagi keistimewaan ahli kelab fasilitator DPPYAB..
jgn lupa dapatkan borang ahli di bilik kaunseling
>lelaki(di blok lelaki portion C, sebelah surau)
>perempuan(di tingkat bawah portion C)




Selanjutnya...

Rabu, 11 Mac 2009

Family Day FC YAB

Salam, mungkin anda tertunggu-tunggu berita penuh tentang Family Day FC Yab yang lepas. Laporan penuh telah dibuat oleh saudara mie kita di blognya sendiri. Bagaimanapun tanpa menghampakan semua, wawi copy paste kat blog nie...sila klik selanjutnya untuk paparan penuh.



Assalamualaikum...

Bertemu kembali... Tetapi pada hari ni mie nak kongsi sedikit pengalaman dalam program atau aktiviti 'family day' kelab Fasilitator DPP YAB, UUM. Walauapun aktiviti ini dinamakan 'family day', tetapi tiada family pun yang terlibat.. hehehe.. nak bawa family macam mana, masing masing belum berkeluarga.. Walaubagaimana pun, kami ahli-ahli kelab fasi ni dah seperti sebuah keluarga besar... Ada 'bapa' (Abg Ash, selaku presiden dan Ketua Fasi), tapi... ibu pula tak da... Yang ada cuma pembantu saja ( Abg Razak) dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang lain.. hehe...Sebenarnya, aktiviti ini berlangsung pada 24hb februari yang lepas bersamaan hari selasa. Seramai lebih kurang 15 ahli jawatankuasa dan 80 peserta terlibat dalam menjayakan program ni... Pada permulaan aktiviti ni memang ada masalah. Biasalah kan. Maklumlah mie masih tak ada pengalaman dalam urusan-urusan seperti ini... Nasib baik ada orang yang berpengalaman, abg Ash, Abg nizam, arif, abg adib, kak wan nor dan yang lain-lain. Terima kasih ya sudi membantu menjayakan aktiviti cheq ni.. hehehe. Memang bayak pengalaman dan kenangan manis dapat dikumpulkan.

sedang berbincang apa lah tu...

Sebenarnya, aktiviti ini bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli-ahli baru dan lama (junior dan senior) dalam kelab fasi ini... Untuk merapatkan lagi jurang hubungan yang sedia ada.. Lagi pun dalam aktiviti seperti ini lah nak kenal-kenal antara satu sama lain... Yelah ada ahli baru... lagi pun kalau beramah mesra dalam keadaan seperti ni kan lebih molek gitu.. Tidak lah secara formal. Tak lah bosan sangat sebab ada aktiviti yng akan dilakukan.

Abg Adib memberi hadiah kepada peserta

Antara pengisian dalam 'family day' ini adalah aktiviti 'explore race' yang disertai oleh ahli kelab sendiri dan beberapa peserta bukan ahli yang berminat untuk menyertai. Sebanyak 8 kumpulan menyertai 'explore race'. Semua peserta dilepaskan pada jam 3 petang. Selain itu, yang paling menarik adalah kami ada buat ayam panggang, kerang bakar dan lain-lain makanan. Boleh dikatakan 'simple' juga lah.. Itu yang menarik... Setelah penat lelah, makan dan minum sambil sampaikan hamper kepada para peserta... pulak tu tempat tu di tepi tasik. Fuh,... memang menarik 'pemandangannya'. Hilang segala tekanan yang ditanggung.. Dengan gelak tawa daripada AJK dan ahli-ahli kelab.

wah, abg KF kita, control macho gitu...

Dengan aktiviti seperti ini, insyaAllah akan dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. Dengan tujuan yang baik lagi murni demi kegemilnagan, kesejahteraan, keceriaan, dan kesepaduan antara setiap ahli dalam kelab. Demi memupuk rasa tanggung jawab, tolong menolong dan mewujudkan kasih sayang antara sama lain. Yang penting kita tahu bagaimana nak melatih diri untuk menjadi yang terbaik samada seorang fasilitator mahupun seorang hamba Allah. tidak lupa juga kepada semua AJK dan ahli kelab yang telah banyak memberi komitmen yang baik bagi menjayakan program ini. InsyaAllah akan dilakukan pada semesta-semesta akan datang...

GALERI :

Lagi berita penuh di blog bro mie _klik Sini >>

Sekian, add wawi di facebook wawi87@gmail.com

Selanjutnya...

Ahad, 8 Mac 2009

kenape takde orang pon

wahai ahli-ahli ku....silalah singgah sini....

Selanjutnya...

Sabtu, 7 Mac 2009

Family Day - Pengarah Projek ULasan

Masih lagi dengan entri "Family Day"... rakan-rakan yang menyertai program ini bolehlah ke blog

Pengarah Projek, Sdr. Helmi untuk membaca ulasan dari nya. http://qmie87.blogspot.com/2009/03/family-day-kelab.html

Selanjutnya...

Rabu, 4 Mac 2009

Mane entri??

Mengapa tiada entri lagi??
Semua masih tertungu-tunggu entri daripada kelab fasi yab bukan?? Sabar dan terus bersabar kerana kami akan cuba meletakkan entri untuk Family Day dan entri-entri lain dalam masa yang terdekat. Buat masa sekarang kami kekurangan masa untuk menyiapkan blog ini.

Beberapa fungsi lain seperti entri Carta Organisasi, Jadual Bertugas di Bilik Fasi dan sebagainya akan ditambah dalam masa seberapa segera. Harap semua bersabar....

Kepada sesiapa yang mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama dengan warga Kelab Fasi DPP YAB, anda bolehlah berjumpa dengan Sdr Wawi atau terus email ke wawi87@gmail.com sebarang cerita anda. Anda boleh menaip di dalam Microsoft Word terlebih dahulu.

Sekian...

Selanjutnya...

Ahad, 11 Januari 2009

Nak Tutorial

Anda mahukan tutorial??? Bekenaan apa???

Tinggalkan komen anda, dengan itu kami akan cuba carikan tutorial yang anda perlukan

Selanjutnya...

 
Template by: Abdul Munir